seorang remaja perempuan meneruskan perjalanan hidupnya dengan memasuki satu alam lain. alam yang baginya sangat asing. dia memasuki alam baru dengan meninggalkan segala yang dia telah bina dalam hidupnya. kejayaan, kepandaian, perlakuan yang baik dan buruk. semua perkara tersebut dia tinggalkan. dia ingin memulakan sebuah kehidupan baru.
kehidupan ini, semakin lama dilihat semakin mencabar. dia menempuhnya dengan kuat dan tenang. remaja perempuan ini kelihatan seperti seorang remaja yang tenang. tetapi, dia adalah yang sebaliknya. dia sangat takut. dia berasa sangat ganjil berada di dunia ini.
dunia ini juga mengajarnya untuk berhati-hati dengan pelbagai perkara. terutama perbuatan dan percakapan. remaja ini berharap. pada suatu hari, dia akan berjaya mencapai cita-citanya. katanya, kesusahan pasti akan dibalas dengan kesenangan.
semoga remaja ini terus berjaya dalam hidupnya. amin
No comments:
Post a Comment