Monday, 7 August 2017

pinggan dan nasi

pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
awak tak hendak,
saya tak hingin!

Thursday, 29 June 2017

☺️

Allah itu Maha Mendengar doa doa hambanya.. terima kasih ya Allah atas segala rezeki, ujian dan sebagainya. Hati hamba mu ini sangat rapuh, mudah terjatuh ke lembah maksiat. Bawalah aku ke jalan yang engkau redhoi aamiin

Friday, 2 June 2017

MATI

tenggelam dalam air mata 
meminta diselamatkan
tidak diendahkan
semakin sukar untuk bernafas
semakin dalam tenggelam

lemas
tidak diselamatkan........

terkapai-kapai aku meminta bantuan,
lalu kau hanya melihat 
dengan pandangan hina
jijikkah diriku?
hinakah diriku?
tidak layak diselamatkan

mati.

Monday, 29 May 2017

kesedihan berlanjutan

hujan sepanjang malam,  hanya air mata menemaniku setiap malam sebelum mimpi ku. di dalam mimpi juga aku menangis. mengapa menahan rindu ini begitu sakit membuatkan aku menangis? rindu itu begitu sakit.. sakit...  sakit..

ku sembunyikan sendu, dikaburi oleh senyuman, tetapi di dalam hati bagai dicarik carik. terkadang, aku termenung, sedar-sedar, air mata yang membasahi seluruh muka ku. apabila hati terlalu perit menahan sakit, maka air mata pun berjujuran. 

Tuesday, 23 May 2017

Terkurung dalam detik

Perjalanan terasa begitu jauh sekali. Waktu berdetik perlahan seolah-olah menghalang aku keluar dari detik ini. Hati rasa begitu sakit bagai ditusuk-tusuk alatan tumpul. Sakitnya. Sakitnya. Tetap juga ia menusuk hati. Hari yang mendung seolah-olah memahami hatiku yang turut mendung.. hujan membasahi tanah yang kering.

Monday, 30 January 2017

cahaya di tengah kegelapan

nak  share satu cerita yang banyak mengajar A dalam hidup ini. time ni baru benar-benar faham erti tawakkal. 

bulan lepas dan awal bulan ni, final exam. ni first time exam as student degree, first year, first sem, first final examination. okey sebelum tu, A ambik pharmacy di salah sebuah ipta. ok sambung balik
time dapat jadual final exam tu, first paper adalah paper microbiology, paper ni senior-senior kata susah dan mmg semestinya susah pun. nak kata susahnya paper ni.. mmg ramailah kan yang repeat. ok, paper microb petang dan esoknya tu pulak paper organic chem pagi. dua dua paper killer. time tu mcm target nak habiskan study microb pastu baru nak bukak organic chem.

nak dijadikan cerita, 4 hari sebelum paper microb, A kena cirit-birit dan sakit perut yg boleh tahan teruk jugak, time hari first sakit tu, A skip study sbb biasenye esok tu akan elok dan begitulah hari seterusnya.. gelabah gila banyak sangat lagi tak habis study. takut.. tak nak repeat paper.. dalam hati, Allah je tahu. dengan organic chem pun tak sentuh satu ape lagi. lepas tu, A pun buat la perangai acah2 tenang, pesan kat diri sendiri "takpe A.. kau boleh habiskan.. slow slow study. jangan fikir sangat.. study je" time malam sebelum paper tu mmg takut sangat sbb tak habis study. esok tu, dengan muka acah2 tenang plus sakit perut, pergi jawab exam. memang jwb pun main hentam je. rasa nak nangis pun ade sebab tak tahu nak jwb ape.. 
balik dari exam petang tu, A termenung jauh.. bukan terkenangkan paper tadi, tapi benda lain. sape tawu ape die yg A fikir? 

sebenarnya, A baru tersedar yang betapa bodohnya A.. A selama ni duk fikir yang kalau tak habis study tak boleh jwb exam. SAPE KATE KALAU TAK HABIS STUDY TAK BOLEH JAWAB?? SAPE YANG KATE? yang bagi ilham untuk kite study yg mana satu.. yg bagi ilham untuk kite jwb dalam exam kan Allah.. mintak la pada Allah supaya guide kite dalam masa kite susah dan senang.. mmg rasa mcm tersentak, dan sedih dan risau dan ape semua lah.. jauh sangat termenung masa tu. 

lepas dah puas termenung, A malam tu tido awal dengan niat nak bangun awal utk study paper esoknya.. organic chem. sebab tak sentuh ape lagi ni kan. bile bangun je dari tido, A solat sunat dan A mohon sangat pada Allah supaya guide A dalam study ni. bantulah A.. dengan lafaz bismillah, A start study dengan hanya berpandukan instinct je. time tu mmg tawakkal sangat. kalau masuk exam, masuk lah. kalau tak masuk, A boleh simpan ilmu ni utk masa depan. (okey semua  ilmu simpan sebenarnya haha) time tengah study utk organic chem tu, bende tu je yg A fikir. 

sampailah masa untuk exam organic chem pagi tu.. dengan penuh tawakkal.. A melangkah masuk dalam dewan exam. bukak bukak je paper tu, ALHAMDULILLAH YA ALLAH. sebenarnya ade satu topik yg susah tu, A takde hati langsung nak tengok topik tu. selak-selak je. dan topik tu mmg tak keluar pun, ade pun due tige dekat soalan objektif. bersyukur sangat sangat sangat. 

mcm biase lah, lepas habis exam yg ni, A termenung lagi. rasa macam nak nangis terharu, Allah masih lagi sayang kan A. Allah tak biarkan A terkapai-kapai sendiri. balik tu terus sujud syukur. paper-paper yang seterusnya, semua A buat benda yang sama iaitu berserah sepenuhnya kpd Allah. A percaya Allah sajalah yang boleh guide A. A betul betul redha dengan ketentuan Allah. kalau Allah tentukan yang A kena repeat, ada la tu hikmahnya. takde sebab untuk A putus asa. takde sebab untuk A nak rasa down.

A saja nak share pengalaman ni sebab ini first time A exam dalam keadaan A tak sihat. lagi satu sebab A nak share cerita ni sbb mungkin ramai yang mcm A.. sedikit sebanyak mungkin dapat membantu.  A doa semoga sesiapa yang membaca ni Allah berikan kalian kejayaan di dunia dan akhirat. all the best! tolong doakan untuk A jugak tau berjaya dengan cemerlang dalam bidang ni dan insyaallah bukak farmasi sendiri :) AAMIIIIN

terima kasih sudi membaca 

p/s : alhamdulillah A pass semua paper :D