Monday, 26 January 2015

Wednesday, 14 January 2015

menunggu

hati ini sanggup menunggu,
untuk 5 tahun lagi,
atau mungkin 10 tahun lagi,
hati ini masih sanggup menunggu.

5 tahun itu masa untuk memperbaiki diri,
mampukah aku?
bukan mudah,
bukan susah,
cuma perlukan usaha,
akan aku cuba,
kerana aku tahu aku mampu.

jangan diri ini ditinggalkan di tengah jalan,
pandulah diri ini dengan nasihat dan teguran,
agar mampu sampai ke destinasi dengan selamat,
sampai dengan senyuman,
sampai syurga~

:DD

Wednesday, 7 January 2015

lets smile!

what really an eye-catching for me is cute things.
cute cute cute.




seee this cute little thing eee rase nak gigit

Sunday, 4 January 2015

sepi

lalu perbualan tersebut menjadi "sepi". masing masing termenung. 

----------

aku keliru. aku sangat keliru. berilah aku petunjuk untuk menghadapi kekeliruan ini. kadangkala aku berasa aku berada di atas landasan yg betul. kadangkala, aku berasa diriku hilang di tengahnya. aku menjadi keliru untuk mencari jalan pulang. dan sekarang, aku masih berada di tengah kekeliruan itu. apa yang sebenarnya berlaku kepada diri ini? terlalu banyak perkara yang menolak ku jatuh dari landasan yang sebenar. mungkin kerana aku tidak berpegang kuat. dan mungkin aku tidak cukup kuat. sekali lagi. aku keliru.

di jalan yang di tengah kekeliruan ini. aku sepi. sepi dari suara suara. sepi dari kata kata. sepi daripada segalanya. penglihatanku kabur. tangan ku dingin. kaki ku sudah tidak mampu menanggungnya lagi. aku jatuh, di tengah kekeliruan ini. SEPI.

aku masih mengumpul kekuatan untuk bangkit semula. di saat aku hampir bangkit, seperti pasir jerlus yg menarik aku jatuh kembali. kini keadaan ku gawat. aku perlu bangkit semula. mengumpul kekuatan. keluar dari dunia yang sepi ini.

supaya aku tidak lagi SEPI.