Friday, 19 April 2013

BAHAGIA IALAH SUATU KETENANGAN

bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati

bahagia itu ada pada hati
bertakhta di kerajaan diri
terbenam bagai mutiara di lautan nurani

bahagia itu ada di jiwa
mahkota di singgah sana rasa
bahagia itu adalah suatu ketenangan

bila susah tiada gelisah
bila miskin syukur pada tuhan
bila sakit tiada resah di jiwa

bukankah tuhan telah berfirman
ketahuilah dengan mengingati
Allah jiwakan menjadi tenang

kebahagiaan itu suatu kesyukuran

bila kaya jadi insan pemurah
bila berkuasa amanah
bila berjaya tidak alpa
bila sihat tidak lupakan tuhan

hakikatnya bahagia itu
adalah ketenangan
bila hati mengingati tuhan

semua insan kan mengerti
maksud terseni ilahi
itulah zikir yang hakiki

bahagia itu adalah suatu kesabaran

PUTIH PUTIH ASIAH

ok, sangat menarik ye tajuk kita. "PUTIH PUTIH ASIAH" dekat sini, saya bukannya nak perasan yang diri ini putih *tapi mmg putih pon kan? welkk* tapi ini ialah doa. diorang kat kelas suka sangat ejek orang hitam walhal muka sendiri tu tak tengok pulak. lagi lagi lagi lagi lagi hihihihihihihitamtamtamtamtam. ok, abaikan lah pasal diorang tu. kita tak boleh nak buat muka kita putih macam edward cullen or kertas. sbnarnye mmg boleh dengan pakai foundation yang tebalnya 10 inci or pakai produk yang menghakis kulit muka tu, tapi, tak best la. bak kata orang, tak nature. walaupun hitam, tapi biarlah hitam yang disertai NUR. cewahhhh kita boleh selalu berwuduk untuk memiliki muka yang disertai NUR. daaaaaann, untuk pengetahuan, apabila kita berwuduk, jerawat pon takut takut nak tumbuh. *ok walaupun sbnrnye ade je yang tumbuh* oleh itu, selalulah berwuduk. contohnye, sblum tidur, apabila marah, setiap kali after mandi, dan yang wajibnya setiap kali sebelum solat. yakin lah bahawa, setiap perkara yang baik pasti ada manfaat serta kelebihannya.
believe in Allah :DD

Thursday, 18 April 2013

Hidup Punya Impian

woah! dah ade blog. ok rase mcm nak lompat-lompat. dah lame nak buat blog tapi tak terbuat buat. aaaaaaaahhhhh bestnya. ok, kenapa pilih tajuk blog "hidup punya impian"? sebabnye, kita semua pasti ada impian masing masing. yang pasti, impian jarak jauh kita mestilah untuk masuk syurga. jadi, apa yang telah kita lakukan untuk capai impian kita pada hari ini? fikir fikirkan. :)