tugas pertama adalah untuk menonton video di bawah ini.
kesimpulannya, perempuan sangat pandai dalam mengehadkan perasaan mereka. kalau kawan, cuma kawan dan takde lebih sikit pun even sekecil zarah. walaupun mereka tahu, lelaki yg mereka rapat tu, menaruh perasaan dan mungkin harapan terhadap mereka.
sebaliknya pula dengan lelaki, jika mereka rapat dengan mana-mana perempuan, mesti akan ada rasa suka itu.
jadi, saya membuat andaian :
kebanyakan lelaki yang cemburu, mereka berasa perasaan perempuan adalah seperti mereka yang mudah jatuh kepada perempuan tetapi sebenarnya tidak kerana perempuan pandai mengehadkan perasaan mereka (kawan adalah kawan. tak lebih)
bak kata orang, "berkawan biar beribu, berkasih biar satu"
jadi, kepada lelaki di luar sana, cukup cukup la cemburu tu. tak ke mana pun perempuan tu. masih di sini. kih kih.
seribu kemaafan dipohon dari hujung jari jemari yang menekan papan kekunci hinggalah ke lubuk hati yang paling dalam. mohon dimaafkan segala salah dan silap kerana manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, (lagi-lagi dalam keadaan separuh sedar tentang kehidupan dan orang yang tersayang)
p/s : saya juga sedar bahawa jika ingin melakukan sesuatu, sentiasalah ingat yang orang yang tersayang. fikir sebelum bertindak. dan bertindak dengan bijak dan waras. ;)