Wednesday, 31 December 2014

a dream came true

one of my dream is to see you smiling next to me. and today, it was a dream came true.
i can see through your eyes. the way you smile. :)

thank you for everything.
thank you for enligthen my day.
thank you for the dream came true


you can always make me smile :)

i wish to meet you in another 6 years.
still counting :)

Tuesday, 30 December 2014

mengubati hati

hati ini telah banyak melalui saat sukarnya bertempur. sekarang masa untuknya berehat. selamat tinggal semuanya. semoga berjumpa lagi

Thursday, 18 December 2014

terkadang cerah, terkadang mendung

hmm, terkadang juga hujan. bagaimana mahu ditampung air yang banyak, jika ruangannya cuma sedikit. maka tumpah lah ia

begitu juga dengan hati. jika terlalu banyak menanggung kesakitan. sampai waktu, sudah tidak mampu untuk menampungnya lagi. maka mata menumpahkan air yang telah lama diempang

pasti ada hikmahnya Allah mengutuskan seseorang dengan kita. kadang kala mengajar kita bersabar, kadang kala mngajar kita erti sahabat, kehidupan, kasih sayang, cinta dan sebagainya. aku bersyukur kerana diutuskan orang orang disekelilingku. tetapi kekadang mengeluh. maafkan aku.

maaf?
ku sulam dengan ikhlas. dengan harapan ia akan diterima baik. tetapi dengan mudahnya kata itu diletakkan di sisi. mungkin kata itu akan diambil bila engkau bersedia untuk menerimanya. memang benar salahku untuk melakukan perkara yang sebegitu.
manusia?
memang perkataan asalnya nasia yang bermakna "lupa" . aku mmg manusia yang pelupa. perbuatan aku disertai dengan sifat kealpaan itu. maafkan aku.

Monday, 1 December 2014

school no more

"the challenge" sudah pergi meninggalkan diri ini. aku sedar, banyak lagi yang perlu dilalui dalam hidup ini. kerana itulah kata orang, cabaran mematangkan kehidupan.

i have grown up from a girl to a woman. and yet to be a wife and a mother. from a mother to a grandmother and farewell forever i guess. 
so, to be in school for almost 13 years, of course, there were joys and tears. love and despair. those give me strength. 

i hope, i can be a successful woman in the future. help my family, making my own money, yeah. those give me happiness. may Allah ease everything for me. Amin.


dalam menempuh kehidupan,
onak dan liku dilalui dengan senyuman,
mengharapkan masih ada keredhaan,
mengharapkan impian jadi kenyataan,
kerana diri ini terlalu lemah
kerana diri ini terlalu hina,
untuk melalui semuanya sendiri,
ku perlukan kasih-Mu
ku perlukan rahmat-Mu,
kabulkanlah Ya Rabb.
segala impian diri ini. 

Saturday, 14 June 2014

the challenge

one
i'm suffering too,
i'm dying inside,
cause not having you by my side, 
is killing me slowly
you are perfect my dear,
who am I to deserve such flawless girl,
who could love deeply and live joyfully like you,
patience is all im asking from you, right now.
i know you're strong,
because one of the thousands reasons,
that makes me love you is, 
BECAUSE YOU'RE STRONG 
-L-

two
sabar kasih,
sabar rindu,
hari demi hari,
aku pinta pada Ilahi,
agar kita bersatu kembali,
detik demi detik, 
yang menyeksakan,
aku faham ..
dan aku percaya,
Dia yang lebih mengetahui,
merancang cinta yang terindah,
aku pinta pada mu kasih,
agar sabar menanti diri ini. 

three
tiada hadirmu, diri ini kosong. sungguh aku rindu. adakah ini yang dikatakan pulau indah? semakin jauh diri ini dengan mu, semakin dekat hati ini diheret masa lalu. mungkin, hati ini terlalu rapuh dan lemah. maafkan aku. mungkin diri ini banyak kurangnya. maafkan aku. waktu itu semakin menghampiri, apakah persediaanmu? inginku tahu. ingin ku turut sama sertai perjuanganmu namun apakan daya, diri ini tidak mampu. hidup ini sememangnya sukar dengan lautan manusia yang semakin hilang sifat syukurnya. aku sedar aku semakin menghampiri sikap itu. maafkan aku. aku mohon, bawalah aku ke jalanNya. aku memerlukan tanganmu untukku berpaut dan memanduku ke pulau keinsafan. agar kita sama-sama dapat berlindung di bawah pohon yang satu itu. 
-sahabat-

four
dear asiah,
do know that
a muslimah like you
is so precious

worldly wealth is just
nothing to be compared
with such an owner
of this pure heart

beauty of every girls
are just for the threat
of the bad guys' deceiving eyes

but you
you own the inner beauty
you own the intelligence
that every girls dreamed of

and only the best man
suits you
accompanying you in this world
waiting for you in the jannah 
-faiqah-


the time, is chasing us. do something. the challenge is a few month to go.
leave me if that is necessary, dont look back because im gonna chase you so that we can run together.
wish you luck, wish me luck. 
whoever read this, i pray Allah so that you will always in His blessing. 
the big time, im waiting the man. 

usahalah untuk mencapai kejayaan. jangan lakukan perkara yang sia sia kerana itu membuang masa. jaga diri, jaga hati. pelihara iman kerana Allah sentiasa di hati.
Assalamualaikum. ingat, impian kita; syurga ilahi.

Tuesday, 27 May 2014

the challenge

dalam mengecapi kejayaan. cabaran demi cabaran dilalui dengan tabah dan sabar.
hari demi hari. hati ini semakin hanyut dibawa arus perasaan, leka ditolak ombak kerinduan. jika benar diri ini hanyut, hanyutkanlah aku ya Allah ke pulau kejayaan. ke pulau kesedaran. supaya perasaan dan hati ini akan memandu ku ke jalan yang benar.

di manakah dirimu? tidak ku lihat dari sudut pandangan atas lautan ini.
sudah lemaskah? masih bisa bertahankah? aku harap begitu. kerana aku masih mahu meneruskan perjuangan bersama. walaupun kita berjauhan, lautan kita masih air yang sama.

marilah bersama ku ke pulau kejayaan. kerana aku tahu kita mampu.
kejayaan itu maknanya berbeza bagi setiap orang. tetapi aku yakin. Allah itu Maha Adil. yakin padaNya.
harapan ini moga moga membawa kita ke jalan yang benar.

love, L

Wednesday, 5 March 2014

the challenge

dah form 5 macam macam kene buat.
jadi kite kene selalu tabah dan menjadi orang yang kuat,
jangan nangis nangis ye asiah ^^


Thursday, 30 January 2014

the challenge

sedar tak sedar, januari bakal meninggalkan kita. apakah yang diperoleh sepanjang bulan ini. renung renungkan. sudah tiba masanya untuk berubah.

Thursday, 16 January 2014

the challenge

bismillah,
banyak cabaran dan dugaan. ok nak kongsi sikit cerita pd awal tahun 2014 ni
ok, sedar tak sedar, dah 2 minggu dah kita sekolah. daannn math mod kelas aku dah habis 6 chapter out of 10. perghhhhhhhhhhhh. lepas tu nak kene siapkan modul pulak. berlambak gileeeeeeeeeeeee.

ok tu je. sebenarnya tajuk the challenge tu adalah untuk SPM. so, 9A+!! fighting