Thursday, 18 December 2014

terkadang cerah, terkadang mendung

hmm, terkadang juga hujan. bagaimana mahu ditampung air yang banyak, jika ruangannya cuma sedikit. maka tumpah lah ia

begitu juga dengan hati. jika terlalu banyak menanggung kesakitan. sampai waktu, sudah tidak mampu untuk menampungnya lagi. maka mata menumpahkan air yang telah lama diempang

pasti ada hikmahnya Allah mengutuskan seseorang dengan kita. kadang kala mengajar kita bersabar, kadang kala mngajar kita erti sahabat, kehidupan, kasih sayang, cinta dan sebagainya. aku bersyukur kerana diutuskan orang orang disekelilingku. tetapi kekadang mengeluh. maafkan aku.

maaf?
ku sulam dengan ikhlas. dengan harapan ia akan diterima baik. tetapi dengan mudahnya kata itu diletakkan di sisi. mungkin kata itu akan diambil bila engkau bersedia untuk menerimanya. memang benar salahku untuk melakukan perkara yang sebegitu.
manusia?
memang perkataan asalnya nasia yang bermakna "lupa" . aku mmg manusia yang pelupa. perbuatan aku disertai dengan sifat kealpaan itu. maafkan aku.

No comments:

Post a Comment