lalu perbualan tersebut menjadi "sepi". masing masing termenung.
----------aku keliru. aku sangat keliru. berilah aku petunjuk untuk menghadapi kekeliruan ini. kadangkala aku berasa aku berada di atas landasan yg betul. kadangkala, aku berasa diriku hilang di tengahnya. aku menjadi keliru untuk mencari jalan pulang. dan sekarang, aku masih berada di tengah kekeliruan itu. apa yang sebenarnya berlaku kepada diri ini? terlalu banyak perkara yang menolak ku jatuh dari landasan yang sebenar. mungkin kerana aku tidak berpegang kuat. dan mungkin aku tidak cukup kuat. sekali lagi. aku keliru.
di jalan yang di tengah kekeliruan ini. aku sepi. sepi dari suara suara. sepi dari kata kata. sepi daripada segalanya. penglihatanku kabur. tangan ku dingin. kaki ku sudah tidak mampu menanggungnya lagi. aku jatuh, di tengah kekeliruan ini. SEPI.
aku masih mengumpul kekuatan untuk bangkit semula. di saat aku hampir bangkit, seperti pasir jerlus yg menarik aku jatuh kembali. kini keadaan ku gawat. aku perlu bangkit semula. mengumpul kekuatan. keluar dari dunia yang sepi ini.
supaya aku tidak lagi SEPI.
No comments:
Post a Comment