Sunday, 8 March 2015

sahabat

sahabat,
dahulu, apabila diri ini melihat wajahmu, di dalam hati adalah perasaan kasih dan sayang. ketenangan yang mampu membuatkan diri ini tersenyum sendirian.
sekarang, pandangan tersebut membuatkan perasaan ini bercampur baur. marah? kecewa? duka? senyuman semakin pudar. adakah perasaan itu menunjukkan masih ada kasih sayang berbaki? aku harap begitu.

sahabat,
dahulu, dirimu begitu aku kagumi. sifat sifat mu, hatimu, tingkah lakumu, aku harap diri ini mampu mencontohi mu.
sekarang, semua itu musnah. sifat sifat itu masih kekal, tetapi hati dan tingkah lakumu amat mengecewakan hati ini.

sahabat,
kadangkala, perbualan orang itu menjadi pengajaran kepada kita. aku tahu, ilmu ku jika dibandingkan dengan kalian, jauh sekali. tetapi, tanggungjawab itu masih aku pegang. dirimu masih aku sayang. masih aku sayang. masih aku sayang.

sahabat,
ketahuilah bahawa aku sentiasa ada untuk dirimu. sentiasa. aku harap kalian masih mampu bersabar dalam menempuh beberapa tahun berbaki.
ketahuilah bahawa aku sentiasa menyokong setiap keputusanmu. biarlah keputusan itu bersandarkan redhaNya.
ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama kita. di kala senang dan susah.
ketahuilah engkau adalah sahabatku. selamanya..........


No comments:

Post a Comment