Wednesday, 4 March 2015

kejayaan

mungkin kali ini kejayaan menjadi milikku. aku bersyukur kerana dengan rahmat dan doa aku mendapat kejayaan. kehidupan ini cuma sementara. aku mengaku, sepanjang hidupku, dalam peperiksaan, tidak pernah merasai kegagalan. Allah mahu aku untuk terus bersyukur. dahulunya, UPSR 5A, IDADI MUMTAZ (straight), PMR 9A, SPM 9A (straight). tetapi, tiada siapa tahu, sepanjang perjalanan untuk mendapatkan kejayaan ini, onak dan duri telah pun aku lalui. menemui pelbagai jenis manusia. ada yang berubah, ada yang meragam, ada yang terlalu yakin, dan aku, masih diriku. memerhatikan setiap sudut perlakuan manusia. elakkan yang kurang baik dan contohi yang baik. memerhatikan manusia dengan pelbagai karenah telah menjadi hobi atau mungkin tabiat aku sejak kecil. tetapi, masih juga, aku bukan manusia yang sempurna. sering melakukan kesilapan. kesilapan yang tiada siapa tahu kecuali Sang Pencipta Yang Maha Mengetahui. hidup aku menjadi semakin matang dan terus matang dalam melalui liku liku kehidupan. alhamdulillah syukur atas segala hal. yang tidak baik itu memberi pengajaran, yang baik itu menjadi ikutan.

No comments:

Post a Comment