Yang indah itu terkadang tersembunyi di tengah kegelapan. Yang indah bagi dia, bagi mereka, bagi aku tidak semestinya indah bagi kamu. Yang indah itu juga terkadang sengaja disembunyikan.
Suatu malam, aku berfikir. Mengapa adanya kesedihan dan kegembiraan? Aku sukakan kegembiraan, tidak suka akan kesedihan.
Kemudian aku terfikir, jika tiada kesedihan, mana mungkin aku merasa apa itu kegembiraan. Kerana kesedihan itu yang memberi erti kepada kegembiraan. Dan kegembiraan itulah yang indah.
Terkadang Allah sembunyikan dahulu yang indah itu daripada manusia dan menghadiahkan yang indah itu saat manusia benar2 jatuh. Mengapa? Kerana saat rebah dan jatuh itulah kegembiraan dilihat sangat indah. Pencipta kita ingin kita merasa saat paling indah dalam hidup kita.
Begitulah kehidupan. Ada jatuh bangunnya. Di saat kita kesedihan, bergembiralah kerana kegembiraan akan tiba. Tatkala kita gembira, janganlah terlalu suka kerana kesedihan bakal menjelma.
Tetapi sentiasalah ingat siapa yang memberi kita bahagia dan kegembiraan itu? Mengapa Dia memberi kesedihan itu? Ingat lah. Sentiasa ingat. :)
Kehidupan itu indah. Kehidupan itu indah. Namun, Allah itu lebih indah daripada segala kehidupan.
Sekadar coretan pendapat yang ku rasa harus dikongsi bersama. Wallahualam
No comments:
Post a Comment