Monday, 25 November 2013

usaha > hasil

haaaaaaaaaa dah lame tak update blog busuk berhabuk buruk ni. haha kesian blog ni.
okay, hasil? apakah itu hasil? hasil ialah apabila enzim blabla substrat.. haha bukan bukan bukan.
maksudnya hasil kat sini ialah apabila kita dah menempuh sesuatu atau melalui sesuatu, apa yang kita dapat. haa itu hasil.
contohnya final exam, hasilnya dapat 9A+. bapak best. haa itu lah hasil
tapi, untuk mendapatkan hasil yang baik, yang terrrrrbaik, usahanya pon mestilah setimpal.
jangan asyik berangan nak 9A+ tapi belajar pon malas, buat kerja sekolah pon malas, makan maggi setiap harii. mcm ckp pasal diri sendiri je. haha ok abaikan

tapi, antara usaha dan hasil, mestilah ada tawakalnya. bertawakal kpd Allah. tawakal itu ertinya berserah diri sepenuhnya kepada Allah. okay? ;)

waktu dapat hasil, mesti ada yang dpt rendah atau tinggi *markah*. sebenarnya itu apa yang kita dah buat yang terbaik. ok, ingt ni, jangan kata kita tak boleh buat selagi ada orang yang masih mampu buat. daaan jangan kata kita tak boleh dapat A+ selagi ada orang yang masih mampu dapat. mmg la ada setengah tu yang gifted. lahir lahir terus pandai. bagi kita yang tak mcm diorang ni, maksudnya usaha kita kena lebih. Allah tak menilai seseorang berdasarkan hasilnya tetapi usahanya. kalau kita dah usaha sehabis mungkin, hasilnya sikit je, okay la tu. jangan mengeluh, banyakkan bersyukur. daaan kena ingat, semua orang ni pandai. cuma, pandai dalam bidang lain lain. ada yang pandai belajar tapi tak pandai bercakap. ada yang tak pandai dalam pelajaran tapi pandai berfesyen. yang penting, kita semua pandai. kita mesti kena yakin yang kita pandai sbb takde orang nak bodoh. haha.

okay, di sini ada sedikit tips nak study. harap harap boleh pakai untuk sesiapa yang membaca ni
1. setiap pagi sebelum pergi sekolah, makan kurma atau kismis
2. waktu rehat jangan makan yang berat berat *nanti dlm kelas ngantuk*
3. jgn lupa solat dhuha
4. kalau study subjek yang perlukan bacaan macam sejarah, baca sambil tunjuk. ala mcm ngaji tu
5. waktu cikgu mengajar, fokus. jangan sikit pon bersembang. walaupun mcm mustahil tapi sbnrnye berkesan
6. baca doa sebelum belajar. kena niat belajar kerana Allah. bukan nak A je
7. sentiasa merendah diri.
8. ok dah la tu, penat la. yang lain lain pergi cari sendiri :DD

okay, itu sahaja untuk hari ini di pagi yang indah ini. semoga berjaya! bittaufiq wannajah. good luck. i hope that those who read this will pass their examination with kaler flying flying. wassalam

1 comment: